Zohari Bin Zakaria

Pengerusi Eksekutif

Lahir pada 28hb Februari 1965, berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan pernah menghadiri kursus Asas Kontraktor Binaan anjuran Kementerian Kerja Raya di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1986.

Berpengalaman melebihi 35 tahun di dalam bidang pembinaan dan telah berjaya menyiapkan projek-projek pembinaan yang bernilai lebih daripada RM 500 juta secara keseluruhannya.

Beliau yang mempunyai latarbelakang daripada keluarga yang terlibat di dalam bidang pembinaan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Pembinaan merupakan kerjaya awal beliau sehingga hari ini di mana bermula sebagai Kontraktor Kelas F pada tahun 1987, beliau berjaya menguruskan syarikat sehingga berkembang maju dan bertaraf Kontraktor Bumiputera Kelas A pada tahun 2001.

Pada tahun 2008 beliau mula menceburi bidang Pembangunan Hartanah di negeri Kedah dan Perlis. Sehingga kini telah berjaya menyiapkan projek-projek pembangunan hartanah melebihi RM 300 juta. Berbekalkan semangat, ketekunan dan kebolehan di samping cita-cita ingin melihat penglibatan dan kejayaan Bumiputera di dalam bidang perniagaan khususnya pembinaan semua projek-projek yang dianugerahkan telah berjaya disiapkan dengan jayanya.


Muhd Noraswadi Bin Jamaludin

Pengarah

Dilahirkan pada tahun 1985, berkelulusan Ijazah Kejuruteraan Awam daripada Universiti Adelaide, Australia. Pada tahun 2003 sehingga 2004 beliau berkhidmat dengan PZS Development Sdn. Bhd. sebagai Pembantu Teknikal bagi projek Cadangan Membina Dan Menyiapkan Sek Men Jenis Keb Keat Hwa II.

Pada tahun 2006, menyertai Jaguh Bina Enterprise sebagai Pembantu Jurutera Projek sebelum melanjutkan pelajaran. Beliau menyertai PZS Development Sdn. Bhd. semula pada tahun 2010 sebagai Jurutera Tapak. Beliau berperanan sebagai Pengurus Tapak untuk semua projek-projek di bawah PZS Development Sdn. Bhd.

Kini beliau memegang jawatan sebagai Pengurus Besar syarikat PZS Development Sdn. Bhd. dan terlibat secara telus di dalam pembangunan syarikat, merancang, mengurus, melaksanakan, memantau dan memastikan aspirasi syarikat dipatuhi. Beliau juga menjadi Pengurus Besar kepada syarikat-syarikat pembangunan hartanah lain di bawah Kumpulan PZS.


Zhanief Bin Zohari

Pengarah

Lahir pada tahun 1991, berkelulusan Ijazah Undang – Undang Islam daripada University of Jordan. Beliau berpengalaman luas di dalam hal-hal yang berkaitan dengan kewangan dan insuran.


Ahmad Farriz Bin Ahmad Fathan

Pengarah

Dilahirkan pada 16 ogos 1967 di Kuala Lumur. Beliau kemudian dibesarkan di Alor Setar, Kedah dan memulakan pembelajaran di Sekolah Rendah Iskandar, Alor Setar. Ahmad Farriz juga mendapat peluang belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sehingga peringkat SRP dan menyambung ke Peringkat SPM di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Beliau akhirnya mendapat ijazah BBA dari University of Toledo, Ohio, USA pada 1996.

Pengalaman berkerja beliau bermula sebagai kerani akaun di sebuah syarikat pengurusan dan seterusnya memegang beberapa jawatan penolong pengurusan di syarikat yang menjalankan perniagaan trading dan perhotelan.

Beliau juga berpengalaman bekerja dengan syarikat kewangan Goldman Sahcs, Detroit, Michigan sebagai portfolio eksekutif dimana beliau memperolehi pengalaman mengurus pelaburan di Bursa saham Nasdac, USA.

Setelah menamatkan pelajaran, beliau bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan & pembangunan hartanah di Kuala Lumpur. Antara pengalaman diperolehi ialah membantu pengurus projek menyempurnakan pembinaan perumahan kos rendah 200 unit wilayah di Bacolod, Mindanao, Philiphines.

Ahmad Farriz kemudian bekerja dengan syarikat pembangunan hartanah dan perhotelan di Alor Setar iaitu Kedah Property Sdn Bhd sebagai Pengarah Urusan dari 1998 hingga 2008.

Beliau juga adalah Pengarah untuk syarikat Renpro Corp Sdn Bhd yang aktif dalam industri Komputer & Teknologi Maklumat. RCSB telah diiktirafkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sartu-satunya kontraktor yang telah berjaya menyempurnakan projek seluruh Malaysia KPM dalam masa dan bajet yang telah ditetapkan KPM tahun 2010 – 2011.