06
June
2016

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Syukur ke hadrat ilahi dalam mengurniakan rezeki untuk di kongsikan bersama-sama. Surau Ibrahimiah merupakan surau yang dibina semula oleh PZS Group seiring dengan pembangunan yang dijalankan di Taman Kenyalang pada tahun 2015.

Surau ini telah menggantikan surau lama yang telah uzur dimamah usia bagi kegunaan orang awam di Kampung Borhan dan juga Taman Kenyalang yang boleh menempatkan kapisiti menghampiri 300 orang sesuatu masa.

Pihak PZS group berharap agar surau ini dapat menguatkan ukhwah dan silaturrahim disamping menjadi pusat kegiatan penduduk sekeliling.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *