Ahmad Farriz Bin Ahmad Fathan

Pengarah

Dilahirkan pada 16 ogos 1967 di Kuala Lumur. Beliau kemudian dibesarkan di Alor Setar, Kedah dan memulakan pembelajaran di Sekolah Rendah Iskandar, Alor Setar. Ahmad Farriz juga mendapat peluang belajar di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar sehingga peringkat SRP dan menyambung ke Peringkat SPM di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah. Beliau akhirnya mendapat ijazah BBA dari University of Toledo, Ohio, USA pada 1996. Pengalaman berkerja beliau bermula sebagai kerani akaun di sebuah syarikat pengurusan dan seterusnya memegang beberapa jawatan penolong pengurusan di syarikat yang menjalankan perniagaan trading dan perhotelan. Beliau juga berpengalaman bekerja dengan syarikat kewangan Goldman Sahcs, Detroit, Michigan sebagai portfolio eksekutif dimana beliau memperolehi pengalaman mengurus pelaburan di Bursa saham Nasdac, USA. Setelah menamatkan pelajaran, beliau bekerja dengan sebuah syarikat pembinaan & pembangunan hartanah di Kuala Lumpur. Antara pengalaman diperolehi ialah membantu pengurus projek menyempurnakan pembinaan perumahan kos rendah 200 unit wilayah di Bacolod, Mindanao, Philiphines. Ahmad Farriz kemudian bekerja dengan syarikat pembangunan hartanah dan perhotelan di Alor Setar bernama Kedah Property Sdn Bhd sebagai Pengarah Urusan. Antara projek yang dibangunkan oleh beliau:- • Taman Pulasan – 116 unit • Taman Sri Marina Fasa 2 – 164 unit Beliau juga adalah Pengarah Urusan untuk syarikat Renpro Corp Sdn Bhd yang aktif dalam industri Komputer & Teknologi Maklumat. Antara projek yang disempurnakan oleh syarikat ini ialah:- • Membekal, Memasang, Menguji, Mentauliah dan mendokumentasi bagi penggantian peralatan sedia ada di 9 buah kolej matrikulasi dan 2 buah Jabatan Pelajaran Negeri untuk Kementerian Pelajaran Malaysia.