Muhd Noraswazdi Bin Jamaludin

Pengurus Besar

Lahir pada 28hb Februari 1965, berkelulusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan pernah menghadiri kursus Asas Kontraktor Binaan anjuran Kementerian Kerja Raya di Kem Kijang, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1986. Berpengalaman melebihi 35 tahun di dalam bidang pembinaan dan telah berjaya menyiapkan projek-projek pembinaan yang bernilai lebih daripada RM 500 juta secara keseluruhannya. Beliau yang mempunyai latarbelakang daripada keluarga yang terlibat di dalam bidang pembinaan mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang ini. Pembinaan merupakan kerjaya awal beliau sehingga hari ini di mana bermula sebagai Kontraktor Kelas F pada tahun 1987, beliau berjaya menguruskan syarikat sehingga berkembang maju dan bertaraf Kontraktor Bumiputera Kelas A pada tahun 2001. Pada tahun 2008 beliau mula menceburi bidang Pembangunan Hartanah di negeri Kedah dan Perlis. Sehingga kini telah berjaya menyiapkan projek-projek pembangunan hartanah melebihi RM 300 juta. Berbekalkan semangat, ketekunan dan kebolehan di samping cita-cita ingin melihat penglibatan dan kejayaan Bumiputera di dalam bidang perniagaan khususnya pembinaan semua projek-projek yang dianugerahkan telah berjaya disiapkan dengan jayanya.